Hiburan

Ahmad Idham jadi CEO Finas kali ketiga

KALAU sudah rezeki, tidak ke mana. Rezeki dari Allah, tidak pernah salah ‘alamat’! Pelakon dan penerbit filem, Ahmad Idham kembali menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) selama dua tahun.

Pelantikan itu berkuatkuasa pada semalam hingga 6 Jun 2022.

Kalau diikutkan secara tidak rasmi, ini adalah kali ketiga Ahmad Idham menjadi CEO Finas dalam masa setahun lebih.

Pelantikan pertama dilakukan pada 11 Mac 2019 selama dua tahun.

Namun pada 4 Disember tahun lalu, Ahmad Idham direhatkan oleh Finas ekoran pelbagai kontroversi yang melanda agensi berkenaan.

Antaranya termasuklah keputusannya untuk menapis isi kandungan digital yang terdapat dalam Netflix hingga mendapat kecaman.

Ahmad Idham ketika itu turut menghantar surat untuk memendekkan tempoh jawatannya hingga 10 Mac 2020.

Namun, pada 10 Januari, dia kembali bertugas seperti biasa dan hanya berhenti secara rasmi pada 11 Mac lalu sebelum dilantik semula dalam masa hanya tiga bulan.

Zakaria dalam kenyataan berkata, pelantikan Ahmad Idham diharap mampu menjana kecemerlangan sebagai sebuah badan yang memaju, menggalak dan memelihara kemajuan industri perfileman tanah air.

Sementara itu, Ahmad Idham pula berkata, dia berterima kasih kepada Finas dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifudin Abdullah di atas pelantikan tersebut.

Jelasnya, selama tiga bulan bersara dari Finas, sudah banyak perancangan yang diatur untuk membangkitkan kembali sektor ekonomi industri seni negara. – SM

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button