Apa beza balik kampung dengan balik dari luar negara?
RAKYAT Malaysia yang berada di luar negara yang berisiko tinggo dari luar negara boleh dibawah balik. Tetapi yang dalam negara mahu balik kampung tidak dibenarkan.
Itu antara rungutan para netizen yang berhujah bahawa membawa pulang rakyat Malaysia dari luar negara jauh lebih berisiko untuk turut membawa balik sama wabak Covid-19.
Mereka tidak faham kenapa kerajaan sanggup berhabis duit untuk membawa balik kumpulan yang berisiko tinggi ini, sedangkan ketika mereka keluar negara untuk melancong ketika wabab Covid-19 sudah pun menular tidak difikirkan semua itu.
Bagi kakitangan kerajaan atau mereka yang sememangnya bertugas di pejabat-pejabat perwakilan di seluruh dunia itu kita faham. Tetapi yang kita tidak faham ialah kerajaan bersungguh-sungguh mengutip mereka yang ke luar negara kerana melancong.
Sewaktu mereka mahu bergerak ke luar negara dahulu bermacam-macam alasan angkuh yang merek beri. Yang paling clise ialah ‘sayang sebang tiket dan beli, hotel dah tempah’.
Kalau dah sayang, ini lah masanya untuk mereka meluangkan masa lebih lama di luar negara. Tunggu sampai wabak Covid-19 ini dan reda barulah balik.
Tidak perlu terhegeh-hegeh suruh kerajaan lakukan operasi ‘menyelamatkan’ mereka di luar negara. Bukan sahaja kos tinggi, tetapi risiko juga tinggi. Mereka ini besar kemungkinan akan menambahkan lagi jumlah jangkitan dalam negara.
- 270 rakyat Malaysia masih terkandas di selatan Thailand
- 212 rakyat Malaysia terkandas di Uzbekistan selamat tiba
- ‘Kumpulan kayangan’ panggil petugas kesihatan dog, pencacai najis
Ini bukan cakap-cakap tepi jalan atau kedai kopi, sebab kedai kopi semua tutup sepanjang PKP ini.
Tetapi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, bahawa penuntut dan pekerja Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara mempunyai potensi menyumbang kepada angka kes dari luar COVID-19.
Pada mulanya, kata Noor Hisham, mereka menjangkakan hanya mereka yang pulang dari lima negara iaitu China, Iran, Itali, Jepun dan Korea Selatan yang mungkin berisiko tinggi, tetapi keadaan menjadi lebih membimbangkan sekarang selepas lebih daripada 172 negara menyekat perjalanan seberang laut.
“Kebimbangan kami ialah kes dari luar, sesiapa yang datang ke negara kita, jadi mereka mungkin berpotensi sebagai pembawa virus,” kata Noor Hisham.