Nasional

Penghantar makanan tugas mulia – PM

TIDAK dinafikan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkhidmatan penghantar makanan adalah amat diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Terutama bagi mereka belum berkahwin atau tinggal jauh daripada keluarga yang sebelum ini berharap pada warung atau restoran bagi mendapatkan makanan.

[BACA] Pertingkatkan kawalan di lorong-lorong tikus – Muhyiddin — Suara Merdeka

Malah, dalam tempoh PKP ini juga mereka mematuhi perintah tersebut dan tidak mahu mengambil risiko keluar rumah untuk membeli makanan.

Justeru, itulah risiko yang diambil oleh penghantar makanan bukan sahaja demi memperoleh pendapatan. Tetapi, berjuang membantu rakyat Malaysia ketika kemelut wabak Koronavirus (Covid-19).

Maka tidak hairanlah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengiktiraf dan memuji para penghantar makanan yang bertugas ketika PKP berkuatkuasa.

Menurut beliau, selain mereka, tindakan individu yang membantu jiran atau orang lain untuk membungkus makanan secara percuma juga wajar dipuji.

PENGHANTAR MAKANAN
MUHYIDDIN YASSIN

“Terima kasih juga kepada insan-insan yang bermurah hati membungkus makanan untuk dihantar kepada para petugas di barisan hadapan.

[BACA] PKP sambung hingga 28 April — Suara Merdeka
[BACA] Ibu tunggal jadi penghantar makanan untuk sara lima anak – Suara Merdeka

“Begitu juga kepada anda yang bekerja menghantar makanan. Samada grab food, food panda atau lain-lain. Anda mengambil risiko. Anda adalah insan yang hebat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas PKP hari ini yang turut mengumumkan lanjutan perintah tesebut sehingga 28 April 2020.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan penghantar makanan dan individu yang membantu supaya menjaga kesihatan dan keselamatan ketika bertugas.

“Anda melakukan satu pekerjaan yang mulia. Pesan saya, jaga kesihatan, jaga keselamatan, jangan bawa motor laju-laju. Anda juga insan yang hebat.

“Pendek kata, kita ibarat sebuah keluarga besar. Kita saling bantu membantu ketika zaman susah. Kita jaga keluarga, jiran dan masyarakat kita.

[BACA] Netizen kutuk pusat kuarantin JB dikecam — Suara Merdeka
[BACA] Disiplin rakyat Jepun gagal kekang Covid-19 — Suara Merdeka

“Baik kita di kampung, di kawasan perumahan, di kondominium, di rumah flat. Kita jaga kita. Inilah nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button