BeritaNasional

Keputusan kes Najib hari ini

MAHKAMAH akan membuat keputusan  ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. hari ini.

Keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar lagi itu bakal mengetahui sama ada Ahli Parlimen Pekan tersebut perlu membela diri atau dibebaskan.

Seramai 57 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang 58 hari kes berprofil tinggi yang turut menjadi tumpuan dunia itu berlangsung.

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai barisan peguam bela.

Pihak pembelaan selesai menggulung penghujahan mereka pada 27 Ogos lalu dan jika Najib diarah membela diri, beliau dan pasukan pembelaannya akan mula menghadiri pendengaran mulai 3 Disember ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button