Nasional

Covid-19: Beli 10 beg tisu tandas, banyaknya ju**r kat rumah, kata Chong Wei

WIRA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ternganga dan terkejut melihat orang berpusu-pusu membeli barangan termasuk memborong 10 beg tisu tandas untuk persediaan menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung virus Covid-19.

Menurut, Chong Wei dia pergi ke pasaraya kerana isterinya, Mew Choo meminta beliau membeli barangan yang perlu sebagai persiapan untuk tinggal di rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Melalui senarai yang diberikan isterinya, dia diminta untuk membeli barangan untuk mereka sekeluarga seramai empat orang iaitu lima ekor ayam, satu beg beras, sayur untuk dua minggu, dua pek mi segera, dua dozen telur dan satu beg tisu tandas.

“Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainya auntie-auntie makcik-makcik macam lumba marathon trolly! Kalah Khalid Jantan!

“Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife. Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tgk mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer ju**r kat rumah,” cerita Chong Wei.

Namun beliau bernasib baik kerana ada jiranya yang juga melakukan pembelian waktu itu telah mengambil dua beg tisu tandas dan kemudiannya memberikan dia satu beg.

”Lee, nah amik bag ni. I terambik dua. Tadi tengok semua rebut tapao wa pun terikut amik extra, entah kenapa, bukan I pakai untuk basuh pon!“

“Dia Nazir, sahabat yang tinggal berhampiran. Kita tergelak and catch up sikit. Selepas tu, makin ramai gangster trolly serbu, I pun terus cabut, sebab I tau virus ni merebak mudah,” cerita Chong Wei.

Wira badminton negara itu menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak cemas menghadapi situasi yang disifatkan sebagai krisis tersebut.

Jelasnya, masyarakat boleh membeli barangan untuk disimpan di dalam rumah namun pastikan dalam jumlah yang sepatutnya.

“Dan I minta tolong semua duduk di rumah jangan keluar sementara ni. Jangan balik kampung macam cuti raya. Kau mungkin ok, tapi yang mati nanti orang tersayang.

“Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panik. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat.

“Kepada frontliners, para doktor, missi, kakitangan hospital dan juga cashier pasar raya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk kehormatan dari saya!

“Cara paling baik kita membalas budi dan bersumbang, is to #stayhome,” nasihat Chong Wei.-SM    

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button