Hindari penipuan As Safa Travel jamin Badal Haji berkualiti
Badal haji adalah satu amalan mulia dalam Islam, namun isu penipuan (scammer) berkaitan badal haji semakin mendapat perhatian, kes-kes ini mencetuskan kebimbangan kerana melibatkan manipulasi kepercayaan umat Islam untuk tujuan mengaut keuntungan dengan cara yang tidak beretika serta melanggar syariat.
Oleh itu, As Safa Travel memperkenalkan perkhidmatan pakej Badal Haji bagi individu yang tidak mampu menunaikan haji atau telah meninggal dunia, yang diuruskan oleh keluarga yang masih hidup.
Menurut Pengarah Eksekutif Haji, Md Roslan Mohammad Jaafar, isu penipuan di Makkah memang sering terjadi, terutamanya dalam urusan Badal Umrah dan Badal Haji.
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pihak As Safa Travel sangat tegas dalam pengurusan kerana ini adalah amanah yang dipikul.
“Memang hari ini ramai yang ingin menguruskan badal haji, dan pelbagai scammer juga muncul. Di Makkah, pelbagai perkara boleh berlaku. Saya sendiri pernah bekerja dengan Tabung Haji, dan pihak As Safa Travel mempunyai pekerja tetap di sana.
“Dari segi pemilihan wakil badal, kami menjalankan sesi temu duga terlebih dahulu. Antara syarat utama ialah individu tersebut mestilah beragama Islam, mempunyai ilmu pengetahuan tentang ibadah haji, menjaga solat, dan bersikap amanah. Kami juga sentiasa memantau mereka.
“Sesiapa yang telah meletakkan amanah Badal Haji kepada kami, percayalah bahawa As Safa Travel akan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab di dunia dan akhirat,” ujar beliau lagi.
Bukan itu sahaja, dengan tagline “Pergi Selamat, Pulang Selamat” atau versi lainnya, “Exquisite Journey, Serene Returns,” As Safa Travel menumpukan kepada memastikan pengalaman perjalanan pelanggan dipenuhi dengan keselesaan, keselamatan, dan ketenangan rohani.
Syarikat ini telah berkembang pesat di Malaysia dengan visi untuk menjadi jenama pilihan utama bagi setiap bakal jemaah. As Safa Travel berazam untuk menjadi yang baik.
Pakej Umrah Ekonomi 2025
- RM 5990
- 8 hari 10 malam
- Flight Air Arabia (Setaraf)
- Hotel Madinah 200 Meter Full board
- Hotel mekah 1KM BB
- Tarikh 5-14 Feb & 10 -19 april (Syawal)
- Mutawwif Ustaz Roslan
Pakej Badal Haji 2025
- Terhad kepada 50 peserta sahaja
- RM 5500
- Sijil
- Air zamzam
- Sejadah
- Minyak wangi