Qi Razali sentuh hati penonton filem babah, dedah terima mesej terharu dari remaja masalah dan bapa
SELEBRITI Qi Razali mendedahkan bahawa dia menerima mesej yang sangat menyentuh hati daripada seorang remaja selepas menonton filem tersebut selepas menonton filem Babah yang mengisahkan hubungan antara seorang ayah dan anak.
Menurut Qi yang membawakan watak utama, Babah dalam filem tersebut, remaja itu berkongsi kisah tentang pergaduhan dengan bapanya yang serius hingga dia berhasrat untuk melarikan diri dari rumah.
Namun, selepas menonton Babah, remaja itu memberitahu bahawa dia berasa terinspirasi dan ingin berbaik semula dengan bapanya.
“Ada satu DM ni saya terima dari seorang remaja yang ada masalah dengan ibu bapa. Dia kata dia gaduh dengan bapak dia sampai nak lari rumah, nak hilangkan diri. DM dia sangat panjang, saya baca pada pukul 3.30 pagi. Selepas itu, dia ucapkan terima kasih dan berkata dia nak berbaik semula dengan bapak dia selepas menonton filem ini.” katanya semalam ketika selepas sesi preview filem bersama media.
Bukan itu sahaja, Qi juga menerima mesej daripada ramai bapa yang telah menonton filem itu turut meluahkan rasa terkesan dengan watak yang dibawakan oleh Qi yang menggambarkan perjuangan dan pengorbanan seorang bapa.
Bapa-bapa di luar juga ramai yang mesej, terima kasihlah. Sekarang ramai orang tahu, ‘bila saya tak dapat hadiah hari jadi anak, apa yang saya buat?’ Jadi, di sini orang boleh lihat apa pengorbanan seorang ayah dan dinamika sebuah keluarga itu.”
Watak seorang Ayah dalam keluarga jarang diangkat, Babah bukan sekadar sebuah filem, tetapi sebuah kisah yang membuka mata ramai tentang dinamika keluarga dan pengorbanan seorang ayah. Ia menyentuh hati penonton dari semua lapisan usia, memberi perspektif baru terhadap hubungan kekeluargaan yang sering kali dipandang sebelah mata.
Babah, filem sulung yang penuh emosi daripada Nads Media Entertainment, telah mencipta fenomena di seluruh Malaysia sejak tayangannya pada 5 Disember 2024. Filem ini, yang mengupas kasih sayang mendalam
dan sering tidak diungkapkan antara seorang bapa dan anak perempuannya, telah menyentuh hati penonton di seluruh negara.
Babah telah mencatat kutipan box office yang luar biasa sebanyak RM6 juta sepanjang 20
hari tayangan setakat ini, menjadikannya filem nombor satu di Malaysia. Pencapaian
hebat ini turut membuka laluan kepada gelombang kedua penonton yang ingin
menyaksikan kisah menyentuh hati ini.
Sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia kami, kami dengan sukacitanya
mengumumkan kempen istimewa. Penonton yang membeli tiket berpeluang memenangi
hadiah percutian eksklusif, Kempen ini direalisasikan dengan tajaan daripada Ottoman
Tour and Travels Sdn. Bhd.:
● 2 tiket: Penginapan mewah di Langkawi Sembilan Resort.
● 4 tiket: Percutian yang tidak dapat dilupakan ke Jepun.
● 6 tiket: Perjalanan spiritual untuk Umrah atau pengembaraan ke Eropah.
Perjalanan Babah masih belum berakhir. Dalam usaha untuk berkongsi kisah yang
penuh emosi ini kepada khalayak yang lebih luas, kami dengan bangganya
mengumumkan tayangan antarabangsa Babah di Singapura. Bermula 26 Disember 2024,
Babah akan ditayangkan di enam lokasi Cathay Cineplex, termasuk Downtown East,
Causeway Point, West Mall, Century Square, JEM, dan Clementi 321.