Nasional
Tayar lori punca nahas korbankan tujuh nyawa
TAYAR yang tercabut dari sebuah treler dan berada di lorong tengah lebuh raya menjadi punca kepada kemalangan maut di KM 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara malam tadi yang meragut tujuh nyawa.
Tayar yang tercabut dari sebuah treler itu telah dilanggarkan oleh sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah MPV.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, sebelum itu selepas hilang kawalan bas tersebut melanggar sebuah Perodua Bezza dan kemudiannya bertembung dengan lori Nissan dan MPV Estima yang dinaiki sebuah keluarga.
Nahas yang mengorbankan tujuh individu manakala 33 lagi cedera di KM 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara malam tadi berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut dan berada di lorong tengah lebuh raya berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, nahas membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, lori, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah Perodua Bezza turut mengakibatkan 33 mangsa lain cedera.
Ashari berkata, mangsa maut adalah pemandu MPV jenis Toyota Estima, Khairul Izwan Mazupi, 32, isterinya, Fadzlenna Ramli, 32 dan bapanya, Ramli Ab Wahab, 66.