Muezza education bentuk remaja ke arah positif melalui sukan
SEBUAH syarikat Muezza Education Group Sdn. Bhd. menawarkan program memanah, berkuda, renang, dan bola sepak untuk peserta berumur 4 hingga 18 tahun.
Akademi ini ditubuhkan dengan tujuan utama membentuk karakter positif kanak-kanak melalui sukan. Melalui program Akademi, peserta yang berpotensi akan dibimbing untuk bertanding di peringkat daerah atau negeri. Peserta Akademi mengikuti kelas bulanan bermodul yang sistematik.
Program Pembangunan Muezza baru-baru ini mengumpulkan lebih daripada 50 peserta yang bertanding di UPM Serdang. Ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Muezza.
Muezza Education Group Sdn. Bhd. mempunyai visi yang jelas dengan roadmap (pelan hala tuju) jangka pendek dan jangka panjang. Syarikat ini diuruskan secara profesional dengan struktur organisasi yang lengkap untuk setiap jabatan.
Perniagaan ini mampan (sustainable) kerana fokus kepada pendidikan, dalam tempoh 2 tahun 5 bulan, Muezza telah berkembang dengan menggunakan aliran tunai (cash flow) sahaja dan telah menjalin kerjasama dengan lebih daripada 30 rakan kongsi, termasuk Nuh Travel.
Dengan modal permulaan RM5,000 setiap orang (bersama seorang rakan kongsi yang tidak dapat hadir kerana urusan di Hong Kong dan menyumbang RM10,000), Muezza telah berjaya menubuhkan 56 cawangan renang, memanah, dan bola sepak.
Setelah mencapai 56 cawangan, Muezza mula membuka peluang perkongsian dan berjaya mendapatkan 6 rakan kongsi awal untuk mengembangkan jangkauannya ke seluruh negara bersama 33 rakan kongsi hadir untuk menandatangani perjanjian dan menyertai Muezza.
Sebelum ini, Muezza beroperasi secara dalaman dan menggunakan pemasaran dalam talian (online) dengan sasaran audiens yang spesifik melalui platform media sosial. Dengan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang lebih kukuh, Muezza kini memulakan pemasaran secara menyeluruh (all out) dengan sokongan rakan kongsi. Hasil daripada perkongsian ini, sasaran 100 cawangan sebelum 2025 telah tercapai.
Dalam usaha meningkatkan reputasi jenama, Muezza Education Group Sdn. Bhd. juga menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Memorandum Persefahaman (MOU) antara Muezza dan UiTM merangkumi pembangunan modul pembelajaran di Muezza, berkuat kuasa selama 3 tahun bermula April 2023.
Penandatanganan MOU ini bertujuan untuk mengikat kerjasama secara rasmi, menggariskan tujuan, maksud, dan rangka kerja sama antara kedua-dua belah pihak. MOU diadakan untuk pelbagai tujuan, antaranya menjelaskan maksud dan harapan, mengeratkan hubungan, membina rangka kerja bersama, menyediakan landasan bagi perjanjian pada masa hadapan, memastikan komunikasi yang berkesan, membina kepercayaan, mendokumentasikan persetujuan, serta memudahkan pengambilan keputusan dan perancangan yang lebih baik.
Muezza Education Group Sdn Bhd mendidik pelajar dalam sukan memanah, renang, dan bola sepak, dengan mengetengahkan sukan sunnah. Tumpuan utama adalah pembentukan karakter pelajar dengan kaedah yang mudah didekati, serta secara beransur-ansur menarik minat pelanggan bukan Muslim untuk mengurangkan ketagihan gajet dalam kalangan anak muda.