Nasional

KPT pandang serius kes gangguan seksual di Universiti Malaya

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memandang serius sebarang isu yang melibatkan mana-mana salah laku dan pelanggaran tatacara dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata. berkenaan dengan laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor di Universiti Malaya (UM), pihak universiti juga tidak pernah mengambil ringan
laporan sebegini.

“Kementerian dimaklumkan isu ini telah ditangani secara rasmi sejak tarikh aduan diterima, dan Unit Integriti UM sedang menjalankan siasatan secara aktif.

“Semua prosedur serta peraturan berkaitan dipatuhi sepenuhnya. UM juga mempunyai garis panduan dan peraturan khusus berhubung isu gangguan seksual, dan langkah-langkah yang sewajarnya sedang diambil untuk melindungi hak semua pihak.

“Kenyataan media berhubung kes ini turut dikeluarkan oleh pihak universiti sebelum ini.

“Difahamkan, individu yang dikaitkan juga telah membuat laporan polis, dan siasatan kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Kementerian menegaskan bahawa sebarang tindakan yang diambil mestilah selaras dengan undang-undang sedia ada, kerana langkah yang melanggar tatacara perundangan akan mencabuli proses siasatan yang sedang
berlangsung.

“Sehubungan itu, Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan. Kementerian dan pihak UM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti bersalah melakukan pelanggaran undang-undang dan tindakan tatatertib yang tegas akan diambil,” demikian menurut kenyataan itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button