Projek perumahan baharu yang menarik di Chepor Ipoh
IPOH : Chepor merupakan sebuah kawasan yang sedang membangun dan menempatkan pelbagai kemudahan.
Terletak pada kedudukan strategik tidak jauh dari Plaza Tol Jelapang Ipoh menghala ke Sungai Siput iaitu merupakan jalan alternatif untuk ke Utara melalui jalan lama. Ia berada diantara Bandar Meru Raya dan Chemor.
Chepor sedang pesat berkembang dan merupakan pusat kediaman yang dinamik dengan suasana tenang dan damai.
Pelbagai kemudahan terdapat disini antaranya berdekatan dengan sekolah rendah, sekolah menengah, stesyen minyak, pasaraya Econsave dan banyak lagi.
Pembangunan yang berkembang ini menjadikannya tempat yang ideal untuk melabur dalam bidang hartanah.
Justeru, satu projek perumahan yang direka khas diyakini dapat memenuhi gaya hidup pelbagai peringkat.
Eksekutif Jualan, Nabilah Kashogy berkata, sama ada pembeli rumah kali pertama atau pelabur, hartanah baharu ini menawarkan kelebihan pada harga, rekabentuk dan juga kualiti.
Katanya, satu jenis kediaman dua tingkat bertanah (landed) ditawarkan kepada pembeli pada harga bermula RM299,000.00 yang mana ia menggunakan bata merah sepenuhnya.
“Kediaman Silver Valley Gardens ini merupakan
rumah teres 2 tingkat bermula dari RM299,000 dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air dengan berkeluasan 22′ x 65′.
“Ia sempurna untuk sebuah keluarga baharu dan pemilik rumah kali pertama. Ia menyediakan ruang dalaman yang selesa dan praktikal pada harga yang sangat berpatutan.
“Menawarkan fasiliti seperti trek joging (jogging track), taman permainan bertemakan bersepadu (intergrated theme playground), buaian terkini (social swing), tempat kecergasan luar (outdoor fitness), gelanggang futsal (futsal court), plaza dan astaka (pavilion),” ujarnya.
“Ia sesuai untuk sebuah keluarga atau pelabur untuk mendapatkan kadar sewaan yang lebih tinggi samada dijadikan homestay atau disewakan,” katanya.
Jelas Nabilah, sama ada anda sedang mencari rumah sendiri atau untuk pelaburan, ia menjanjikan nilai yang luar biasa dalam sebuah kawasan yang menyediakan pelbagai fasiliti yang terbaik.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Nabilah di talian 018-7869277. Juga terdapat lebih 30 projek rumah baru yang lain di sekitar negeri Perak.
Bayaran tempahan cuma RM100 sahaja untuk memiliki rumah idaman di salah satu lokasi terbaik di negeri Perak dengan segera.
INFORMASI