Politik

Mas Ermieyati nafi PN bergolak

Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak dakwaan hubungan parti yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pas kini sedang bergolak.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tidak timbul masalah seperti yang didakwa kerana kerjasama antara kedua-dua parti di setiap bahagian masih lagi baik.

“Bukan itu sahaja, sejurus saya dilantik sebagai Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) saya telah menghubungi Ketua Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh untuk berbincang tentang hala tuju Wanita PN.

“Insya-ALLAH, minggu hadapan kami akan bertemu. Jadi saya menolak kalau ada yang kata (Bersatu dan Pas bergolak).

Sebelum ini, wujud dakwaan bahawa kedua-dua parti itu sedang bergolak selepas Majlis Tertinggi PN bermesyuarat untuk mengesahkan pelantikan enam jawatan penting yang kesemuanya kekal menjadi milik Bersatu.

Ia melibatkan pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN manakala jawatan Ketua Penerangan gabungan terbabit pula diisi oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bersatu juga menamakan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Pengerusi PN manakala Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) PN.

Ekoran itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin meminta agar kepimpinan PN dirunding semula.

Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Mas Ermieyati memaklumkan bahawa beliau menyerahkan hal berkenaan kepada kewibawaan dan kebijaksanaan Muhyiddin selaku Pengerusi PN.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button