Berita
MH370: Kerajaan setuju terima tawaran Ocean Infinity teruskan pencarian
PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) untuk meneruskan pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370 di lokasi baharu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pencarian dasar laut itu dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’.
“Lokasi yang dicadangkan Ocean Infinity adalah berdasarkan maklumat dan analisis data terkini yang telah dibuat oleh pakar serta penyelidik,” katanya menerusi sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan (MOT), di sini pada Jumaat.