Santan dan Soft Space Tingkatkan Peruncitan Dalam Penerbangan ke Aras Baharu
Santan, anak syarikat katering serta makanan dan minuman dalam penerbangan milik Capital A, dengan kerjasama Soft Space Sdn. Bhd. (Soft Space), peneraju global dalam teknologi kewangan sebagai perkhidmatan (FaaS), mengumumkan naik taraf pada penyelesaian peruncitan penerbangannya, Fasspos.
Inovasi ini mengukuhkan lagi komitmen Santan untuk merevolusikan pengalaman menjamu selera dan membeli-belah dalam penerbangan.
Sejak 2020, Santan telah menerajui penerapan penyelesaian teknologi untuk memperbaiki operasi dalam penerbangan, dan merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan teknologi SoftPOS bagi pembayaran tanpa sentuh dalam penerbangan AirAsia.
Sistem Fasspos memperkasakan kru kabin AirAsia dengan penyelesaian yang lancar dan serba lengkap untuk menjejaki inventori, membuat pesanan dari tempat duduk penumpang, dan memproses pembayaran.
Bagi memantapkan lagi asas tersebut, naik taraf terbaharu ini memperkenalkan tablet ET45 gred perusahaan Zebra Technologies bagi meningkatkan keupayaan Fasspos.
Ia menampilkan paparan yang lebih besar, mudah dinavigasi dan teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) yang canggih, sekali gus mengurangkan masa transaksi sehingga lebih 50%.
Ciri-ciri ini membolehkan kru kabin memberi tumpuan kepada perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, bagi memastikan penumpang dapat menikmati hidangan dan minuman istimewa Santan dengan lancar.
Ketua Pegawai Eksekutif Santan, Catherine Goh berkata. mereka sentiasa berusaha mempertingkatkan pengalaman dalam penerbangan, dan teknologi adalah kunci kepada perkhidmatan yang benar-benar lancar.
“Dengan mengintegrasikan penyelesaian inovatif seperti Fasspos, kami bukan hanya mempertingkatkan perjalanan tetamu, tetapi juga memperkasakan kru kabin kami untuk bekerja dengan lebih cekap.
“Ini memastikan penghantaran hidangan lazat Santan berjalan lancar, menjadikan setiap penerbangan
sebagai pengalaman yang sukar dilupakan buat penumpang kami,” katanya.
Pengenalan tablet ET45 juga selaras dengan visi Santan untuk menjadi ekosistem bekalan penerbangan terkemuka di ASEAN.
Dengan lebih 20 juta unit makanan dan minuman dijual dalam penerbangan setiap tahun, penyelesaian yang dipertingkatkan ini terus menyokong aspirasi Santan untuk menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan cekap merentasi rangkaian luas AirAsia.
Ketua Pegawai Eksekutif Soft Space, Joel Tay berkata, fungsi dwi pesanan dan pembayaran Fasspos yang unik pada satu peranti akan mempermudah operasi jualan dalam penerbangan AirAsia, mengurangkan masa transaksi, meningkatkan kecekapan kos, dan berpotensi meningkatkan transaksi jualan merentasi semua pesawat Kumpulan AirAsia
Naib Presiden Jualan untuk Asia Tenggara (SEA), Korea Selatan dan Saluran APJeC, Zebra Technologies, Christanto Suryadarma menambah: “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Soft Space dan Santan untuk menaik taraf pengalaman peruncitan dalam penerbangan buat penumpang AirAsia.
“Tablet gred perusahaan kami direka khusus untuk prestasi dan ketahanan yang kukuh, kelajuan Wi-Fi dan selular terpantas dengan Wi-Fi 6 dan 5G, pengimbas kod bar, dan teknologi NFC, namun tetap ringan.
“Ini menjadikannya sesuai untuk persekitaran operasi dalam penerbangan yang mencabar. Dengan
menggabungkan teknologi kami dengan penyelesaian inovatif Fasspos oleh Soft Space, kami memperkasakan kru kabin AirAsia untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan lancar, sekali gus meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan.
“Kerjasama ini menyerlahkan komitmen kami untuk menyediakan teknologi canggih yang memenuhi
keperluan industri penerbangan yang dinamik, membolehkan transaksi lebih lancar dan membuka potensi baharu untuk pendapatan sampingan.”
Pasaran peruncitan dalam penerbangan global dijangka akan berkembang daripada USD 7.2 bilion pada 2022 kepada USD 11 bilion menjelang 2032, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 5.45% sepanjang tempoh tersebut.
Pertumbuhan ini dipacu oleh peningkatan trend perjalanan pasca pandemik Covid-19, peningkatan populariti
pesawat berteknologi tinggi, dan pertumbuhan saluran pengedaran dalam talian.
Selain itu, pengalaman membeli-belah dalam penerbangan telah menjadi lebih mudah dengan pelbagai
pilihan produk yang ditawarkan, termasuk makanan dan minuman, minyak wangi, hadiah, pakaian dan aksesori, buku serta majalah. – SM