Jangan main-main dengan keadilan – Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyambut keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskannya daripada 17 pertuduhan – termasuk pengubahan wang haram sebanyak RM7 juta – dengan rasa amat syukur.Kata isteri Datuk Seri Najib Razak itu, peguamnya sudah memberitahu dengan yakin sejak awal bahawa pertuduhan tersebut – yang bermula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Okt 2018 – sebagai tidak mempunyai asas. Kes itu kemudian dipindahkan ke mahkamah tinggi.Kata Rosmah walaupun mendapat jaminan sebegitu daripada peguam, dia tidak begitu pasti mengenainya sehinggalah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan hari ini.
“Saya telah mendapat keadilan. Terima kasih kepada hakim yang membuat keputusan yang tepat. “Ini yang dikatakan sebagai keadilan dan semua orang patut mendapat keadilan itu. Jangan main-main dengan keadilan,” katanya seperti dilaporkan BH Online.
Terdahulu isteri berkas perdana menteri itu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta, dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Keputusan itu dibacakan hakim, K Muniandy.