Media massa

Suara Merdeka jalin kerjasama strategik dengan MPI

CYBERJAYA 16 Dis – Suara Merdeka antara 12 media yang diterpilih untuk melaksanakan kerjasama strategik denan Malaysian Press Institute (MPI).

Perbincangan berhubung perkara tersebut berlangsung pagi tadi di Pusat Latihan MPI.

MPI dalam kenyataan mediannya berkata, perbincangan itu memberi tumpuan kepada peluang kerjasama strategik yang ditawarkan oleh MPI kepada organisasi media dalam talian melalui pelbagai program yang dirancang.

“Langkah ini bukan sahaja bertujuan untuk menyokong kelangsungan organisasi media, malah memperkukuh struktur media digital agar menjadi lebih mampan dan inklusif. Dalam dunia yang semakin didominasi oleh teknologi, inisiatif seperti ini amat penting bagi memastikan media tempatan mampu berdaya saing, berinovasi, dan dalam masa yang sama memenuhi kehendak audiens masa kini.

“Dengan usahasama ini, MPI berharap sinergi pada kali ini mampu memacu dan mencetus idea baharu dalam memperkukuh industri media sekali gus menyelaraskan platform digital sejajar dengan arus perdana pada hari ini,” katanya.

Sementara itu Ketua Pengarang Suara Merdeka, Borhan Abu Samah berkata, perbincangan itu membuka ruangan yang lebih luas untuk kerjasama pada masa hadapan dan pihaknya menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada MPI di atas kepercayaan yang diberikan dalam melaksanakan aspirasi agensi berkenaan dan kerajaan,” kata beliau.

Pada dasarnya pihak media dalam talian terbabit, katanya, menyatakan persetujuan untuk bersama-sama dengan MPI dan perkara itu akan diperincikan lagi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button