Elon Musk bakal kacau industri perumahan
SELEPAS buat kacau industri angkasa lepas dengan Starlink dan keretanya Tesla, Elon Musk kini bakal bikin gempak dengan idea rumah kecil.
Rumah kecil yang dengan kemudahan moden termasuk sistem tenaga diperbaharui, dijangka menjadi pilihan di seluruh dunia.
Dengan bekerjasama syarikat Boxbl, Musk telah menghasilkan sebuah rumah yang dijual pada harga sekitar RM25,000 sebuah.
Rumah yang dibina di kilang hanya mengambil masa sehari untuk dipasang siap di tapak pilihan.
Ini pastinya menyelesaikan masalah harga rumah yang mahal dan menyebabkan golongan muda tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Namun cabarannya kini adalah bagaimana untuk mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan untuk membina rumah kecil di dalam bandar. Kalau di kampung-kampung ia tidak menjadi isu.
Ini memerlukan kajian perubahan undang-undang kerajaan tempatan.
Satu hal lagi yang harus difikirkan adalah bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank untuk membeli rumah kecil.
Ini juga memerlukan perubahan polisi oleh pihak bank untuk menilai rumah kecil. Mungkin individu boleh memohon pembiayaan peribadi untuk membeli rumah tersebut. Bagaimanapun pada kebiasaannya pembiayaan peribadi agak tinggi faedahnya serta perlu dilangsaikan dalam tempoh singkat iaitu sekitar lima tahun.
Walaupun agak membebankan, tetapi ia tentunya lebih berbaloi daripada terus menyewa rumah.
Semua pihak kini sangat teruja dengan Musk dan mungkin pengusaha di negara ini yang berminat boleh memikir idea yang lebih sesuai dengan cuaca serta budaya negara ini dan dapat menghasilkan rumah kecil yang bertepatan dengan citarasa tempatan.
Dan yang lebih penting adalah berunding dengan pihak berkuasa tempatan dan bank.