Koo Lily lancar ‘Lead Change Heart Way’ inspirasi transformasi melalui seni dan empati
PENULIS berbakat, Koo Lily melebarkan lagi sayapnya dengan Lead Change Heart Way. Selain buku nukilannya yang baru diterbitkan ini, Lily mempunyai lebih 25 tahun kepakaran, memperkasakan lebih 500 badan korporat dan 15,000 peserta dari seluruh Asia sebagai Penceramah Motivasi, Pencetus Perubahan dan Jurulatih Kepimpinan. Buku ini telah dilancarkan pada acara yang diadakan di Temu House, Petaling Jaya.
Dalam majlis tersebut tiga orang penceramah yang dijemput untuk sesi ini adalah Siva Seenivasan, rakan CMI dan behaviourist berpengalaman; Nikki Ong, seorang ahli terapi; dan Guadalupe Cernusco, aktivis alam sekitar dan juara sukan berbasikal, yang menyertai sesi itu melalui persidangan video dari Argentina Ketiga-tiga penceramah ini, masing-masing dari latar belakang dan bidang kepakaran yang berbeza, berkongsi kisah pembaikan diri dan pengalaman mereka melakukan perubahan besar dalam kehidupan.
Perjalanan mereka yang memberi inspirasi, digabungkan dengan perkongsian daripada Lily sendiri, melukiskan gambaran yang jelas tentang idea transformasi, malah membuatkan beberapa hadirin menitiskan airmata.
Selepas sesi perkongsian itu, Lily menjemput hadirin untuk menyertai aktiviti ringkas terapi seni. Dia menggalakkan semua orang untuk mendengar suara hati masing-masing dalam membimbing mereka untuk mencipta karya seni mereka sendiri pada sekeping kad yang disediakan.
Di akhir aktiviti, Lily berharap agar para peserta dapat meneruskan terapi seni ini di rumah menggunakan kad dan warna yang dibekalkan.
Menerima pujian dan ulasan positif, Lead Change Heart Way ialah kompilasi karya seni Koo Lily, disertai dengan refleksi peribadi dan pemerhatian yang mempamerkan perjalanan dan transformasi dirinya semasa pandemik Covid-19. Berdepan dengan emosi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Lily meneroka kaedah terapeutik seni melalui cabaran 40 hari ahli terapi seni Rita Eckhart dengan mencipta satu karya seni setiap hari. Sepanjang tempoh tersebut, Lily menemui makna yang lebih mendalam melalui transformasi peribadi pada dirinya.
Dengan itu, terhasillah naratif tulus yang menggabungkan seni dan kata-kata inspirasi yang bertujuan untuk membimbing dan menghubungkan pembaca dalam perjalanan perubahan mereka sendiri. Lead Change Heart Way menjemput pembaca untuk menyusuri perjalanan transformasi unik mereka sendiri. Buku ini menampilkan gabungan karya seni Lily, muhasabah diri dan soalan-soalan yang mampu mencetuskan pemikiran, direalisasikan untuk membantu pembaca menemui jalan mereka sendiri ke arah perubahan. Elemen-elemen ini adalah tunjung kepada kepercayaannya terhadap transformasi melalui lima elemen utama HEART: Kemanusiaan, Empati, Ketulenan, Ketahanan dan Kepercayaan—sebuah rangka kerja yang sering digunakan oleh Lily dalam setiap sesi ceramah dan bimbingan.
“Lead Change Heart Way bukan sekadar buku. Dengannya saya menyeru anda semua untuk mengenali dan menerima apa jua emosi sepanjang melalui perubahan,” Lily berkongsi semasa acara pelancaran. “Luangkan lebih masa dengan diri sendiri ketika melalui fasa perubahan yang pantas. Menerima perubahan bukan hanya pada penyelesaian masalah; ia turut merangkumi kemampuan untuk mencari jawapan dari dalam diri sendiri. Ia adalah antara keupayaan manusia yang unik yang patut kita pelihara. Buku ini amat bermakna untuk wanita dalam membantu kita semua memanfaatkan empati seiring dengan peranan sebagai ibu, isteri, anak dan profesional. Dengan muhasabah diri dan mendengar kata hati, pasti akan dapat meneruskan langkah ke hadapan dengan kejujuran dan kekuatan.”
Sepanjang bulan November, Lead Change Heart Way akan dijual pada harga diskaun RM60. 50% daripada hasil jualan akan didermakan kepada badan amal kanser payudara untuk pembelian yang dibuat melalui pautan ini: https://bit.ly/LCHWNov. Buku ini direka dan disunting oleh Chuah Ai Jou dan diterbitkan oleh Inspiration Hub. Ia kini boleh didapati dalam talian melalui Amazon, IHub, dan tidak lama lagi akan tersedia di kedai buku berhampiran anda.
Instagram: @koo.lily
Youtube: https://youtube.com/@leadchangeheartway
Linkedin: https://my.linkedin.com/in/koolily
Laman Web: www.koolily.net
Untuk keterangan lanjut, hubungi Hannef di [email protected]