Acara

Raja Muda Perlis sempurnakan majlis bantuan kepada OKU, warga emas dan anak yatim

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Warga Emas, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) 2024 di Mess Pegawai Kanan PDRM, Jalan Raja Muda, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Presiden Jemaah Dato’-Dato’ Perlis, Mejar Jeneral Datuk Husin Md Tahak dan Pemilik Syarikat Perusahaan Cahaya Murni, M. Kumaran Marimuthoo.

Hadir sama ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Majlis sumbangan ini telah dianjurkan oleh Jemaah Dato’-Dato’ Perlis dengan kerjasama Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia Perlis dan ditaja sepenuhnya oleh Syarikat Perusahaan Cahaya Murni yang bertujuan untuk menyantuni dan meraikan golongan yang kurang bernasib baik di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan untuk menyempurnakan simbolik perasmian majlis sumbangan tersebut dan turut mengurniakan sumbangan kepada 20 orang wakil penerima yang terdiri daripada warga emas, anak yatim dan orang kurang upaya dari Rumah Orang Tua, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan serta Sekolah Kebangsaan di sekitar negeri ini.

Tuanku Raja Muda menzahirkan agar golongan penerima pada hari ni perlu sentiasa diberi bimbingan dan bantuan bagi memastikan mereka ini sentiasa mempunyai keperluan asas yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan seharian.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button