Uncategorized

Perancis mahu eratkan hubungan dengan Malaysia

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, negara itu mahu mengeratkan hubungan dengan Malaysia khususnya dalam bidang peralihan tenaga.

Katanya, perkara itu dinyatakan  kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan mereka sempena persidangan negara-negara G20 di Brazil semalam.

Dalam hantaran di X yang ditulis dalam bahasa Melayu, Macron memuat naik gambarnya bersama Anwar pada pertemuan itu.

“Bersama Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim , yang juga merupakan Pengerusi ASEAN.

“Pertemuan pertama ini akan membolehkan kami mempererat hubungan antara negara kami, khususnya dalam bidang peralihan tenaga, salah satu keutamaan bersama kami,” kata Macron.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button