Sukan

Pelajar Tingkatan 4, Haikal tumbangkan Nong Ice Rodtang dengan TKO

PELAJAR Tingkatan Empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan, Kedah yang mewakili Hallo Fighlab, Mohd Haikal Salami mencipta sejarah tersendiri apabila menewaskan lawan dari Thailand Nong Ice Rodtang menerusi Tecnical Knockout (TKO) pada Kejohanan Grand Final Kuda Merah International Muaythai Challenge 2024 King of the Ring.

Nong Ice Rodtang adalah adik kepada juara ONE Championship Rodtang Jitmuangnon.

Haikal mengakui pada mulanya agak gementar namun berjaya menenangkan diri dan yakin beliau mampu menewaskan adik kepada juara ONE Championship itu pada pertemuan pertama mereka.
“Saya  bersyukur sebab segala usaha membuahkan hasil (dan dapat TKO pada pusingan ketiga daripada lima). Target saya nak ke tahap lebih tinggi seperti ONE Championship (namun) saya tahu agak mencabar sebab kena latihan 24 jam.
“Macam sekarang masih bersekolah jadi saya aturkan jadual. Pagi fokus belajar dan dalam 4 petang mula berlatih.
“Memang kena disipilin diri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas membawa pulang tali pinggang tajaan ICU/JPM dan Radio Era selepas memenangi saingan berlangsung di Stadium Titiwangsa.
Menceritakan latar belakangnya, anak kedua daripada enam beradik itu berkata beliau mula menceburi sukan Muay Thai sejak berusia sembilan tahun dan mendapat bimbingan daripada bapanya Salami Nayan, 48, yang juga seorang guru Muay Thai di Felda Teloi Timur, Sik, Kedah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button