Sukan
Harimau Malaya pintas Indonesia dalam ranking dunia, kini di tangga 128
BERDASARKAN ranking terbaharu FIFA, Harimau Malaya telah Indonesia selepas menewaskan Laos, manakala Indonesia tewas kepada Jepun.
Berdasarkan rekod kedudukan yang terbaru pada 16 Nov 2024, Malaysia menaiki lima anak tangga (128) selepas memperoleh +2.97 daripada kemenangan ke atas Laos, manakala Indonesia, kekal di tangga ke-129, meraih -2.93 berikutan kekalahan kepada Jepun.
Namun kedudukan ranking dan mata ini bakal berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Malaysia bakal berkunjung ke Hyderabad untuk bertemu India, manakala Indonesia akan menerusi perlawanan keenam berdepan Arab Saudi dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.