Draf akhir kod tatalaku media sosial dikeluarkan minggu depan – Fahmi
Draf akhir Kod Tatalaku yang menggariskan amalan baik untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial dijangka dikeluarkan minggu ini.
Justeru beliau mahu semua penyedia platform media sosial yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna di negara ini segera berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
“Kegagalan untuk mendaftar akan ada kesan terutama dari segi perundangan yang mana akan dikenakan denda dan tindakan lain,” katanya dipetik selepas mengadakan kunjungan ke Balai Berita Media Prima Berhad di Jalan Riong, Bangsar pada Khamis.
Kewajipan untuk semua pengendali perkhidmatan didaftarkan bermatlamat menjadikan ruang internet lebih selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga.
“Ada yang meraih keuntungan daripada iklan sama ada judi dalam talian dan jenayah lain melalui platform ini. Ini yang sedang berlaku sekarang, namun apabila kita minta (pengendali) ambil tindakan, tidak apa-apa (tindakan) serius diambil.