Nasional

Dr. Mahathir hilang sahabat, rakan seperjuangan ekoran pemergian Daim

“Saya kehilangan sahabat yang bersama saya berjuang untuk bangsa, negara dan agama,” kata Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulas pemergian Tun Daim Zainuddin

bekas Perdana Menteri itu meluahkan kesedihan yang tidak terhingga susulan pemergian sahabatnya, Tun Daim Zainuddin yang menghembuskan nafas terakhir pagi ini.

Beliau berkata, Daim sepatutnya disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan.

Sebaliknya, katanya, di akhir hayat Daim, beliau diherdik tanpa sebab kerana dendam.

“Inikah balasan yang menimpa kerana dendam. Ya Allah. Adililah Daim berasaskan keadilan.

“Berikanlah tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa. Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu. Amin, Ya Rabbal Alamin,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button