Sukan

Izzuddin-Sze Fei ke pusingan kedua Masters Kumamoto

PASANGAN beregu lelaki badminton profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang dalam misi memburu gelaran Jelajah Dunia keempat musim ini, melakar kemenangan awal selepas mengesahkan tempat ke pusingan kedua Masters Kumamoto di Jepun, hari ini.

Mereka yang kini menduduki ranking lapan dunia mengambil masa 32 minit bagi menundukkan gandingan Taiwan, Lin Bing Wei-Su Shing Heng 21-12, 21-17 pada aksi pusingan pertama di Gimnasium Kumamoto Prefectural.

Sebelum ini, Izzuddin-Sze Fei sudah merangkul tiga gelaran juara bermula Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Artik di Finland.

Pasangan itu yang meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada September lalu akan bertemu satu lagi gandingan profesional negara, Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dalam perebutan tiket ke suku akhir, Khamis ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button