Lelaki simpan mayat ibu dalam peti ais di tahan polis
LELAKI yang disyaki membunuh ibunya dan menyimpan mayat dalam petik sejuk beku telah di tahan Polis untuk siasatan kes yang berlaku di sebuah kediaman di Taman OUG, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek warga tempatan berusia 53 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Polis telah menerima maklumat berhubung penemuan seorang mayat wanita pada 8.48 pagi di dalam peti sejuk beku.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun katanya, motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Oleh itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran.