Pembaca

Perkataan Melayu klasik kini dalam kamus DBP

Beberapa perkataan Melayu klasik yang sering digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah dimasukkan dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Perkara ini disahkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, semasa penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 peringkat dasar di Dewan Rakyat.

Fadhlina berharap orang ramai dapat menerima bahawa perbendaharaan bahasa Melayu terus berkembang. Antara perkataan baharu yang dimasukkan termasuklah ‘maha kaya’ dan ‘ketimbang’.

Senarai perkataan baharu dalam kamus DBP:

1.Ketimbang – kata sendi nama yang menunjukkan perbezaan atau perbandingan.

2.Tatanan – peraturan atau sistem yang dipersetujui bersama.

3.Intiha – akhir atau penutup.

4.Mahsul – pelbagai hasil dalam sesebuah negeri.

5.Purbasangka – prasangka.

6.Taakul – membuat pertimbangan menggunakan akal atau logik.

7.Kesenjangan – keadaan berbeza atau jurang.

8.Tiwikrama – perubahan besar hasil usaha.

9.Walhasil – akibat atau hasil daripada sesuatu peristiwa.

10.Maha Kaya – teramat hebat atau tinggi kedudukan.

11.Kebinekaan – kepelbagaian di sesuatu tempat atau negara.

12.Tatakelola – pentadbiran organisasi mengikut peraturan.

Menurut Fadhlina, perkataan “ketimbang” berasal dari Kamus Besar Bahasa Indonesia dan sinonim dengan “daripada.” Sementara itu, “peluncuran” digunakan sebagai variasi kepada “pelancaran,” menunjukkan peluasan makna dalam penggunaannya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button