Agama

ATAM akan memperluaskan lagi kolaborasi dengan pelbagai pihak

Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) telah mengadakan pelbagai kolaborasi bermula sejak tahun 2017 lagi melibatkan 23 buah syarikat dan lebih daripada 1,300 asnaf dan anak asnaf telah menyertai kursus-kursus yang ditawarkan. ATAM kini sedang dan terus berusaha saban tahun untuk lebih kreatif dalam mempelbagaikan lagi inisiatif kemudahan serta bantuan kepada golongan sasar ini’.

‘Maka, besarlah harapan kita semua agar inisiatif kolaborasi bersama ATAM dapat terus diperluaskan lagi di masa hadapan dan bertepatan dengan objektif ibadah zakat iaitu untuk memberikan keberkatan kepada harta, di samping menyuburkan semangat saling bantu-membantu dan berkasih sayang di kalangan umat Islam. InsyaAllah’.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan program Hijrah Minda MAIPs bilangan yang ke-25 pada tahun ini di Masjid Muhammadi Jejawi Sungai Adam, yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kewangan MAIPs serta Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan.

Tuanku Raja Muda Perlis merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan untuk menyempurnakan penyerahan bantuan kepada 20 orang asnaf terpilih dalam kalangan Anak Kariah Jejawi Sungai Adam berupa wang tunai sebanyak RM 700 setiap seorang dengan jumlah penuh pada kali ini bernilai RM14,000 bagi mengurangkan beban dan menampung keperluan harian golongan kurang bernasib baik ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button