Nasional

Restoran nasi kandar ada najis tikus, lipas di arah tutup

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)  menutup operasi dua buah restoran nasi kandar selama 14 hari bermula semalam susulan penemuan najis tikus dan lipas.

Dua buah restoran itu antara antara lapan premis makanan yang diarah tutup oleh majlis itu dalam operasi semalam.

Pemeriksaan secara mengejut dan rawak itu juga mendapati terdapat sebuah premis makanan yang tidak menghiraukan aspek kebersihan penyediaan makanan kepada pelanggan dengan memproses serta memotong ikan mentah di atas lantai.

Operasi itu juga mendapati terdapat premis yang tidak menyelenggara dengan baik peti beku yang menyimpan bahan mentah.

Ahli Majlis MBPP, Tan Soo Siang berkata, penutupan premis-premis itu bukan bertujuan untuk menjejaskan perniagaan, tetapi lebih kepada memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Related Articles

“Kesemua lapan premis ini telah dikenakan tindakan arahan penutupan serta-merta 14 Hari di bawah Undang-Undang Kecil UUK 38(1) UUK Establisymen Makanan MPPP 1991.

“MBPP tidak akan berkompromi dengan piawaian kebersihan dan telah melaksanakan pemantauan secara berkala serta membuat pemeriksaan secara rutin dan rawak secara mengejut dari semasa ke semasa,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button