Mahkamah

Saman terhadap 2 artis ‘Abang Bas’ tuntut keadilan

PEGUAM kepada seorang lelaki dikenali sebagai ‘Abang Bas’, Datuk Ahmad Zaharil, mengesahkan bahawa pihaknya telah memfailkan saman terhadap dua selebriti wanita yang dikatakan mencetuskan spekulasi serta menimbulkan kecaman terhadap kliennya.

Menurut Zaharil, saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lalu oleh peguam lain dalam pasukannya.

“Kami telah memfailkan saman terhadap dua selebriti tersebut, tetapi tindakan ke atas netizen masih dalam pertimbangan.

“Saya sendiri tidak memfailkan saman itu, sebaliknya ia dilakukan oleh anak didik saya. Tindakan ini hanya melibatkan dua selebriti wanita,” jelasnya seperti dipetik dalam laporan mStar, Rabu.

Sebelum ini, pemandu bas tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar atas dua tuduhan, iaitu amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) dan Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Namun, lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM40,000 sementara menunggu perbicaraan seterusnya.

Dalam perkembangan terbaru, ‘Abang Bas’ dilaporkan telah memulakan pekerjaan baharu dan memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang, jauh dari perhatian ramai.

Zaharil juga sebelum ini menyarankan agar individu yang terlibat mempertimbangkan untuk memohon maaf kepada keluarga ‘Abang Bas’ bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button