Berita

Pakar sejarah negara meninggal dunia

PAKAR sejarah terkenal negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.30 pagi di Hospital Shah Alam.

Menurut laporan daripada Utusan, bekas Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital tersebut.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan untuk dimandikan, dikafankan, dan disolatkan di Surau Seksyen 3, Shah Alam.

Sebelum ini, anak beliau, Reza Zainal memaklumkan bahawa ayahnya dimasukkan ke unit kecemasan hospital berkenaan selepas keadaan kesihatannya merosot disebabkan komplikasi diabetes yang dialaminya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button