Acara

Interaksi antara kaum penting untuk pastikan keharmonian masyarakat – Raja Muda Perlis

1 November 2024.
Kuala Lumpur.

Interaksi antara kaum penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga merupakan satu jalan ke arah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.

Aspek adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan rakyat. Pelaksanaannya walaupun kadangkala mungkin rumit, namun akan dapat dicapai melalui timbang rasa, bertolak ansur dan saling memahami.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri Rumah Terbuka Sambutan Hari Deepavali yang dihoskan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan, Dhaya Maju Infrastructure (Asia) (DMIA) Sdn. Bhd. Datuk Seri (Dr) Subramaniam Pillai dan keluarga di salah sebuah hotel di ibunegara.

Keberangkatan Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut disambut oleh Pengerusi DMIA, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohamed Azumi Mohamed (Bersara).
.
Turut berangkat ialah anakanda-anakanda Baginda berdua iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda diiringi sama anakanda-anakanda turut berkenan berangkat menerima undangan ke majlis rumah terbuka yang dihoskan oleh Kumpulan Valiram.

Tuanku Syed Faizuddin Putra seisi keluarga pada kesempatan yang sama menzahirkan ucapan Selamat Bergembira sempena Deepavali kepada semua penganut Hindu di negeri Perlis.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button