Rencah Hidup

Lelaki ajak Zhidin Aziz lakukan hubungan sejenis di tanah suci

PEMPEGARUH media sosial, Zhiddin Aziz, baru-baru ini berkongsi pengalaman mengejutkan ketika berada di Tanah Suci. Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, anak kepada pengacara terkenal, Allahyarham Aziz Desa, menceritakan insiden yang berlaku sewaktu dia duduk di lobi sebuah hotel di Makkah.

Ketika itu, seorang lelaki mendekatinya dan bertanya jika Zhiddin berseorangan di Tanah Suci. Lelaki tersebut kemudian meminta Zhiddin untuk membawanya ke bilik hotel agar mereka dapat meluangkan masa bersama.

“Adakah anda tinggal bersendirian di bilik hotel? Ibu awak sudah ada di bilik atau belum? Cantik kalau begitu, mari ke bilik awak? Saya ingin luangkan masa bersama.”

Terkejut dengan permintaan tersebut, Zhiddin segera menolak dan mendoakan agar individu itu sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.

“Terus terang, awak ini gay ke? Simpan saja niat awak itu. Saya tidak mahu terlibat dalam hal ini. Tolong tinggalkan saya.”

Lelaki tersebut kemudian meminta maaf kerana membuat Zhiddin berasa tidak selesa sebelum meninggalkan tempat itu. Melalui kapsyen video tersebut, Zhiddin mengingatkan warganet bahawa perbuatan dosa tetap ada walau di mana kita berada.

“Ini saya berada di lobi hotel Makkah, hanya lima minit dari Kaabah. Namun, perangai orang begini tetap ada. Video ini untuk mengingatkan bahawa dosa itu wujud di mana saja.”

Perkongsian Zhiddin menarik perhatian warganet yang kecewa dengan tindakan lelaki tersebut yang berani melakukan dosa besar di Tanah Suci.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button