Politik

Pejuang minta Najib dedahkan nama individu terlibat, bersekongkol kes 1MDB

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menamakan setiap individu yang menjadi dalang dan yang bersekongkol atau bersubahat menutup isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini tertmasuk emua pegawai-pegawai kerajaan dan/atau penguatkuasaan dan/atau jabatan dan/atau pendakwaan dan/atau GLC dan/atau ahli-ahli lembaga pengarah yang bertanggungjawab harus dinamakan.

Berikut adalah kenyataan penuh:

“Melalui Kenyataan Media yang dibacakan oleh anaknya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur petang tadi, Datuk Seri Najib Razak telah menyatakan beliau merasa amat terluka dengan skandal 1MDB yang berlaku dibawah pengawasannya semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Beliau juga memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun pada masa sama meletakkan Jho Low dan PetroSaudi sebagai dalang.

“Maaf, tetapi…bukankah pada zaman Datuk Seri  Najib ,seorang Peguam Negara digantikan dengan Apandi Ali ambil alih?

“Maaf, tetapi…bukankah pada zaman Datuk Seri Najib juga Pasukan Petugas Khas ( Special Task Force) yang menyiasat 1MDB terdiri dari Peguam Negara, SPRM dan PDRM ditamatkan tanpa alasan munasabah?

“Maaf, tetapi…bukankah pada zaman Datuk Seri  Najib juga dua(2) individu Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang dituduh dengan undang-undang SOSMA kerana cuba minta siasatan ke atas 1MDB dijalankan oleh badan siasatan antarabangsa?

“Maaf, tetapi… bukankah pada zaman Datuk Seri Najib juga pimpinan-pimpinan utama antara lainnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal dibuang dari UMNO kerana kelantangan dan keberanian mereka mempersoal isu 1MDB?

“Maaf, tetapi…bukankah pada zaman Datuk Seri Najib juga pelbagai pihak yang bersuara terhadap isu 1MDB dipanggil polis dan disiasat?

“Maaf, tetapi…bukankah pada zaman Datuk Seri Najib juga Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sahkan tiada apa-apa keterangan salahlaku? Namun Mahkamah pula kemudiannya dapati bersalah atas keterangan yang sama.

“.Ya, memaafkan itu amalan yang mulia. Malah yang lebih mulia adalah yang memohon maaf dan yang kemudian memaafkan.

“Tetapi, Najib Razak perlu sekarang menamakan setiap individu yang menjadi dalang serta individu-individu lain yang bersekongkol dan sama-sama bersubahat dalam menutup skandal 1MDB.

“Kesemua pegawai-pegawai Kerajaan dan/atau penguatkuasaan dan/atau jabatan dan/atau pendakwaan dan/atau GLC dan/atau ahli-ahli lembaga pengarah yang bertanggungjawab harus dinamakan.

“Individu-individu yang menyatakan pernah berjumpa Raja Arab atau tahu mengenai derma Arab juga mesti dinamakan kerana turut bersubahat. Tidak kira pangkat atau status.

“Ini cabaran Pejuang pada Datuk Seri Najib Razak.

“Kalau tidak, jangan salahkan rakyat yang kata bahawa maaf itu hanya di lidah sahaja, demi syarat mendapat kemudahan tahanan rumah yang giat ingin dijalankan sepertimana diperlihat dalam ucapan pembentangan Belanjawan Madani Ketiga.

Rafique Rashid
Ketua Penerangan PEJUANG

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button