Nasional

CEO GISBH, isteri didakwa atas tuduhan jenayah terancang

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd. Ali, isterinya Datin Azura Md Yusof bersama 20 yang lain telah didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhuan dibacakan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang pada Oktober 2020 hingga 11 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Prosiding dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani, Datuk Nazran Mohd. Sham, Lina Hakimi Ismail dan Siti Hajar Mat Radzi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button