Hiburan

Dari dunia hiburan Sharnaaz Ahmad langkah ke duna bola sepak

PELAKON Sharnaaz Ahmad, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia, kini mengejutkan peminatnya dengan melangkah ke dunia bola sepak.

Pelakon filem aksi seperti Polis Evo dan Juvana ini, bukan sahaja terkenal dengan bakat lakonan, tetapi kini tampil sebagai pemilik kelab bola sepak amatur, Carabat FC, yang bakal menyertai Liga Selangor (FAS League).

Ditubuhkan pada tahun ini, Carabat FC dilihat sebagai langkah berani Sharnaaz untuk membawa semangat sukan ke peringkat seterusnya.

“Sebagai pemilik Carabat FC, saya melihat ini sebagai satu peluang besar bukan hanya untuk diri saya, tetapi untuk bola sepak amatur tempatan. Kelab ini mungkin baru, tetapi impian kami sangat besar – kami mahu memberi impak yang nyata kepada bola sepak Malaysia,” ujar Sharnaaz penuh yakin.

Kelab ini ditubuhkan dengan misi jelas: memberi ruang kepada bakat-bakat baru dan pemain amatur untuk menyerlah di padang.

“Carabat FC bukan hanya sekadar kelab bola sepak. Ini adalah platform bagi pemain muda yang ingin membuktikan kemampuan mereka. Kami berusaha untuk memberikan mereka peluang bersaing secara kompetitif sambil membina karier mereka,” tambah Sharnaaz.

Dengan cita-cita untuk membawa kelab ini ke peringkat yang lebih tinggi, Sharnaaz percaya Carabat FC mampu melakar sejarah tersendiri dalam sukan tanah air.

“Saya berharap, dengan usaha yang berterusan, kami mampu mencipta nama dan mungkin satu hari nanti, kami akan tampil di Liga Super FAS,” katanya lagi.

Carabat FC baru sahaja memulakan langkah pertama mereka dengan satu perlawanan persahabatan. Namun, yang dinantikan ramai adalah pertembungan antara Carabat FC dan Bangi City pada 19 Oktober ini di KV Arena, Shah Alam. Perlawanan ini bakal menjadi peluang emas untuk para pemain Carabat FC mempamerkan aksi terbaik mereka dan membuktikan keupayaan kelab ini dalam arena bola sepak tempatan.

Dengan gabungan minat, dedikasi, dan semangat juang, Carabat FC pastinya menjadi pasukan yang dinantikan untuk memberi cabaran dalam Liga Selangor.

Adakah kelab ini mampu mengubah landskap bola sepak amatur di Malaysia? Kita tunggu dan lihat?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button