Politik

Anak Ismail Sabri sifatkan Majlis Daerah Besut tidak berperikemanusiaan terhadap anjing liar

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Bera, Nashriq Ismail Sabri, menolak sekeras-kerasnya operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar, termasuk kesan daripada penembakan anjing bernama ”Kopi’.

Menurut Nashriq, 32, tindakan yang diambil oleh Majlis Daerah Besut (MDB), Kuala Terengganu, adalah tidak berperikemanusiaan. Beliau berpendapat masih terdapat langkah alternatif yang boleh diambil selain daripada membunuh haiwan-haiwan tersebut.

“Kerajaan seharusnya melaksanakan program pemandulan bagi anjing dan kucing liar sebagai solusi untuk mengatasi masalah gangguan kepada orang awam,” ujarnya.

Nashriq juga menekankan bahawa sudah tiba masanya untuk Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membenarkan penggunaan senjata api terhadap haiwan, khususnya anjing dan kucing liar, dihapuskan.

“Salah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah membina pusat perlindungan haiwan di setiap kawasan yang mengalami masalah anjing atau kucing liar. Selain itu, kerajaan juga boleh membenarkan NGO pencinta haiwan untuk menjaga tempat tersebut secara sukarela.

“Operasi pemandulan anjing dan kucing liar juga harus dilaksanakan untuk mengawal pembiakan mereka.”

Nashriq, yang merupakan anak kepada Perdana Menteri Kesembilan, menyarankan agar Malaysia mencontohi negara-negara seperti Switzerland, Austria, dan Australia dalam menjaga kebajikan haiwan.

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Bera, Nashriq Ismail Sabri,

“Saya berharap kerajaan akan mendengar suara pencinta haiwan di negara ini dan bekerjasama untuk mengambil langkah yang lebih baik dalam menangani masalah anjing dan kucing liar.”

Beliau juga menekankan, “Sebagai negara dengan majoriti Muslim, kita wajib mematuhi perintah Allah SWT untuk tidak menyakiti atau membunuh haiwan.”

Tindakan MDB sebelum ini melibatkan operasi bersepadu untuk menangkap dan melupuskan anjing liar di beberapa kawasan di Bandar Jertih, yang dilakukan selepas menerima 62 aduan mengenai gangguan haiwan tersebut dari orang awam. MDB menyatakan bahawa tindakan tersebut mengikut prosedur Tatacara Operasi Piawai (TOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta selari dengan peruntukan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Artikle Berkaitan :>

Kematian anjing “Kopi” PBT menafikan tindakan dibiarkan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button