Rencah Hidup

Nandos berhentikan Alice Chang kerana langgar polisi syarikat

ALICE Chang sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila diberhentikan serta-merta oleh restoran Nando’s selepas didapati melanggar polisi syarikat.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan di Facebook, pihak Nando’s memaklumkan bahawa Alice Chang, yang sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi lain, tidak lagi bekerja dengan mereka.

Nando’s Hentikan Alice Chang

Menurut Nando’s, keputusan untuk menghentikan Alice Chang dibuat berdasarkan beberapa faktor, termasuk pelanggaran polisi syarikat.

“Kami mendapati Cik Chang (Alice Chang) gagal mengemukakan pengalaman kerja sebelumnya semasa proses pengambilan pekerja,” jelas kenyataan itu.

Walaupun begitu, Chang telah melaporkan diri pada awal pagi hari ini dan kemudian memuat naik beberapa foto kawasan larangan di restoran ke media sosial, tindakan yang jelas melanggar polisi syarikat.

Pihak Nando’s turut memaklumkan bahawa mereka telah menjalankan proses pembasmian kuman bagi memastikan keselamatan pelanggan terus terjaga.

Sebelum ini, Alice Chang telah dipecat dari syarikat Auntie Anne’s apabila gambarnya mencium doh sewaktu bekerja tular di media sosial. Tindakan itu dikaitkan dengan pelanggaran protokol keselamatan makanan dan tahap kebersihan yang dipertikaikan.

Selepas kejadian tersebut, Alice dilihat bekerja di sebuah restoran makanan segera di SS2, Petaling Jaya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button