Hiburan

Fattah Amin duda pelaris curi tumpuan live di TikTok malam tadi

KETAMPANAN pelakon Fattah Amin mencuri perhatian ramai wanita semasa sesi siaran langsung di TikTok Pat Mat Western bagi mempromosikan kambing perapan yang diadakannya malam tadi.

Menurut Hib Glam, ketika mempromosikan jenama makanan sejuk beku. Siaran yang bermula sekitar jam 9 malam itu meraih lebih 100,000 tontonan dalam masa kurang sejam, dengan kebanyakan penonton mengakui menonton kerana tertarik dengan kehadiran Fattah.

Fattah Amin, atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, tampil aktif dalam mempromosikan produk tersebut dan menerima pelbagai hadiah TikTok mewah daripada netizen yang teruja.

Antara komen daripada penonton termasuklah:

“Aku masuk live ini semata-mata sebab Fattah sahaja. Kacak sungguh sekarang.”

“Jangan dekat dengan skrin telefon Fattah, hati rasa gemuruh.”

“Laris jualan daging kambing sebab Fattah. Pelaris sungguh!”

Ada juga peminat yang berharap Fattah akan menyanyi dalam sesi tersebut.

Sebelum ini, pada 12 Oktober, Fattah pertama kali muncul dalam siaran langsung di platform tersebut, meraih lebih 49,000 tontonan dan 26 juta tanda suka.

Sejak disahkan bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Nur Fazura, pada 7 Oktober, populariti Fattah semakin melonjak. Kini, dia digelar sebagai salah seorang duda paling diminati, dengan ramai wanita menghasilkan kandungan lucu mengenai dirinya seperti “Ada Fattah untuk dihalalkan.”

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button