Hiburan

Bilik hotel yang didiami oleh Liam berselerakan, tv pecah sebelum terjatuh

SELEPAS berita pemergian bekas penyanyi kumpulan One Direction, Liam Payne, 31, dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga semasa bercuti di Buenos Aires, Argentina, kini tersebar keadaan bilik hotel yang didiami oleh selebriti tersebut.

Dikatakan sebelum insiden tersebut berlaku, pihak pengurusan hotel sempat menghubungi pihak berkuasa bagi menghentikan tindakan agresif penyanyi itu.

Keadaan bilik hotel

Belum sempat pihak berkuasa mengawal keadaannya, tubuh Liam tercampak ke bawah dalam keadaan yang sedang lalok akibat pengambilan minuman keras atau penggunaan barang terlarang.

Bagaimanapun pihak berkuasa masih menyiasat tentang kejadian yang ditimpa oleh penyanyi Hollywood tersebut.

Peminat mula berkumpul di lokasi kejadian, meratapi pemergian bintang kesayangan mereka. Liam Payne, bekas anggota kumpulan pop terkenal, One Direction (1D), ditemui meninggal dunia selepas tercampak dari bangunan tingkat tiga di Buenos Aires, Argentina. Kumpulan 1D yang dibentuk pada tahun 2010 terdiri daripada Niall Horan, Harry Styles, Louis Tomlinson, Zayn Malik, dan Liam Payne. Selepas kumpulan itu mengumumkan hiatus pada 2015, Liam memulakan kerjaya solonya pada 2019.

Liam meninggalkan seorang anak lelaki, Bear Grey, yang kini berusia tujuh tahun. Ketika kejadian, terdapat spekulasi bahawa Liam mungkin berada di bawah pengaruh alkohol atau bahan terlarang, berdasarkan tindakan agresif sebelum kematiannya. Walau bagaimanapun, punca sebenar masih dalam siasatan pihak berkuasa tempatan.

Insiden ini memberi tamparan hebat kepada peminatnya di seluruh dunia, terutamanya kerana Liam dikenali dengan dedikasinya terhadap muzik dan hubungannya dengan peminat. Sebagai salah seorang bintang pop terbesar era moden, pemergiannya meninggalkan satu kekosongan besar dalam industri muzik.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button