Hiburan

”Kena tangkap kes khalwat tak malu, masih boleh tersenyum”- Sarah Yasmin sekali lagi sindir Ruhainies

BEKAS kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine meminta pelakon Ruhainies untuk berkahwin dengan Aliff. Dalam satu komen yang ditinggalkannya di akaun Instagram sebuah portal hiburan, Sarah dilihat menyindir Ruhainies yang mengenakan pelitup muka ketika hadir ke mahkamah.

“Pakai pelitup muka sebab tak nak dikecam. Kena tangkap kes khalwat tak malu, masih boleh tersenyum,” tulis Sarah dalam komennya.

Sarah turut menambah bahawa Ruhainies sering menyindirnya dan menuduh aktres itu berhasrat untuk berkahwin dengan Aliff.

“Semua orang tahu kau nak sangat kahwin. Buka saja pelitup muka kau. Kita tahu kau gembira kena tangkap,” sindirnya lagi.

Pada hari ini, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding sebutan semula kes khalwat mereka, diiringi oleh tiga pengawal peribadi. Namun, perbicaraan kes tersebut ditangguhkan dan akan disambung semula pada 20 dan 27 Februari 2025.

Sebelum ini, Sarah menjadi topik perbualan hangat apabila mendedahkan tangkap layar perbualan antara Aliff dan Ruhainies, di mana mereka didakwa berkomplot untuk menjatuhkan aktres Bella Astillah.

Pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang dikaitkan dengan kejadian yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac. Kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1,500 setiap seorang pada 20 Jun lalu.

Sarah Yasmine sudah tidak berminat dengan suami orang

Selepas lama mendiamkan diri akhirnya Aliff Aziz muncul

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button