Agama

Hukum berkenalan dalam Iddah, penjelasan Ustaz Azhar

MENERUSI hantaran di media sosial oleh Ustaz Azhar, beliau menjawab soalan mengenai hukum seorang isteri dalam iddah yang berkenalan dengan lelaki lain. Menurutnya, hukum tersebut adalah haram, kerana wanita itu masih merupakan isteri kepada seseorang dan boleh merujuk semula kepada suaminya sepanjang tempoh iddah.

“Haram bagi isteri yang masih dalam iddah untuk berkenalan atau bercinta dengan lelaki lain, kerana dia masih berada dalam hukum isteri orang,” ujarnya.

Imam Ibnu Quddamah juga menyatakan dalam Kitab Al-Mughni bahawa adalah tidak halal bagi seseorang untuk meminang perempuan yang berada dalam tempoh iddah raj’ie.

Terdahulu, isu ini mencetuskan kecoh di media sosial apabila pempengaruh dan usahawan, Jofliam, meminta bekas isterinya, Cik Epal, untuk menjaga maruahnya sepanjang menjalani tempoh iddah selepas dikaitkan dengan pelakon popular, Fattah Amin.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai untuk menasihati individu yang melakukan kesalahan dan menghormati wanita yang sedang menjalani tempoh iddah.

Artikle Berkaitan :>

Apa itu cerai taklik?, ustaz Azhar Idrus jawap pertayaan orang ramai

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button