Alam Sekitar

Projek pemulihan Denai Warisan Wang Kelian Fasa 2 giat dijalankan

KAKI BUKIT 14 Okt. – Projek pemulihan Denai Warisan Wang Kelian Fasa 2 sedang giat dijalankan yang bakal menghubungkan semula dua buah kampung terutara di Semenanjung Malaysia iaitu Kampung Wang Kelian dan Pekan Kaki Bukit.

Denai ini bukan sahaja kaya dengan nilai sejarah malahan unik dari segi kepelbagaian biologi dan bentuk rupa muka bumi geografinya yang bakal mewujudkan aset ekopelancongan untuk negeri dan masyarakat setempat.

Projek baik pulih ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jane Goodall’s Roots & Shoots, The Habitat Foundation, Perlis Nature Xplorer (PNX) dan Komuniti Kaki Bukit serta dana daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Maklumat tersebut telah dipersembah maklumkan oleh Ketua Projek Pembangunan Denai Warisan Wang Kelian, Peter Ong kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Dewan Serbaguna Kampung Wang Kelian.

Keberangkatan tiba Baginda yang diiringi sama oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Fadhilah Mohamad dan wakil The Habitat Foundation, merangkap penyelaras program ‘Sustainable Tourism Network Malaysia’, Justine Vaz.

Dalam pada itu negeri Perlis akan mendapat lonjakan imej dalam sektor pelancongan apabila E&O Express iaitu sebuah perkhidmatan kereta api mewah ‘Essential Malaysia Journey’ yang bertolak dari Stesen Woodlands di Singapura akan mula singgah di Stesyen Bukit Keteri di Perlis selama beberapa jam bermula bulan November 2024 ini dalam kekerapan seminggu sekali.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Mufa berterima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Syarikat Air Perlis serta Tentera Darat Malaysia kerana mengambil tindakan pantas meninjau satu bahagian struktur laluan dengan jarak 4 meter yang dibina telah runtuh sejak beberapa tahun lalu akibat pergerakan tanah yang berpunca daripada aliran air sungai yang melimpah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button