Hiburan

Bermula dengan ‘paid riview’ terus ke jinjang pelamin, Haqiem Stopa kini nikah dengan gadis pilihannya

PEMPEGARUH media sosial terkenal, Haqiem Stopa, berkongsi berita gembira apabila selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Aireena Sofia. Berita itu diumumkan melalui hantaran di Instagram (IG) miliknya.

Dalam perkongsiannya, Haqiem memuat naik beberapa foto yang merakamkan detik-detik indah sepanjang majlis pernikahannya. Beliau meluahkan rasa syukur kerana segala urusan majlis berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, semua urusan (pernikahan) saya mudah. Saya pun tak sangka, bermula hanya dengan ‘paid review’, kini dia menjadi isteri saya,” kata Haqiem dengan penuh rasa syukur.

Haqiem juga mengambil kesempatan melalui hantaran tersebut untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaannya. Beliau turut memohon agar orang ramai terus mendoakan kesejahteraan beliau dan isterinya.

“Terima kasih kepada semua yang doakan yang baik-baik untuk saya dan isteri,” tambahnya.

Ruangan komen di IG Haqiem dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan pempengaruh serta para peminat yang gembira dengan berita perkahwinannya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button