Sukan

Raja Muda Perlis rasmi Hari Sukan Negara Politeknik, Kolej Komuniti

PETALING JAYA 12 Okt. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia hari ini.

Keberangkatan tiba Baginda ke program bersempena ‘Kayuhan Ramah Mesra POLYCC 2024’ di sekitar Kelana Jaya itu disambut oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Datuk Dr. Haji Mohd Zahari Ismail. Perlepasan dibuat oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Haji Mohd Zahri Haji Samingon.

‘POLYCC Ride 2024’ bersama Baginda ini telah bermula di perkarangan Kolej Komuniti Kelana Jaya dan singgah di hentian pertama iaitu di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway. Kolej Komuniti Hulu Selangor telah menjalankan kursus pendek bersama anak-anak kariah masjid tersebut. Antara kursus yang dijalankan adalah Kursus Pembuatan Ais-Kerim, Kursus Pembuatan Coklat, Kursus Doodling Arts, Kursus Gubahan Bunga, Kursus Gubahan Hantaran dan beberapa kursus lain lagi.

Masjid Al-Islamiah, Petaling Jaya merupakan hentian yang kedua bagi sesi kayuhan pada pagi itu. Kariah masjid tersebut berpeluang untuk menjalani kursus pendek yang disediakan oleh Kolej Komuniti Ampang, antaranya termasuklah Kursus Basic Repair Handphone Android, Kursus Canting Batik dan Kursus Asas Jahitan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan untuk menyaksikan majlis Penandatanganan ‘Letter Of Intent (LOI)’ dengan industri di antara pihak Kolej Komuniti Kelana Jaya dengan 8 buah agensi iaitu Muamalat Gold Sdn. Bhd., PMA Rich F&B Sdn. Bhd (Mokti’s), HL Agrofarm KB Sdn Bhd, Pahlawan Merah Event & catering Sdn. Bhd., An-Nuur Food Industries Sdn. Bhd., ASE Tech Academy, Pusat Pengajian Al Baghdadi Sekesyen 14 Petaling Jaya (Al Hamsi Legacy Sdn. Bhd.) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS), serta penyerahan sumbangan Muamalat Gold kepada pelajar Kolej Komuniti Kelana Jaya.

Tuanku Raja Muda Perlis turut berkenan untuk meluangkan masa mengadakan lawatan ke bengkel dan makmal di Kolej Komuniti Kelana Jaya tersebut serta menyaksikan beberapa demonstrasi seperti ‘Servis Asas Kenderaan’, ‘Scan Tool’, ‘Balancing Tyre’ dan ‘Welding’.

Program yang berlangsung bermula 8 pagi sehingga 4 petang ini melibatkan penyertaan daripada POLYCC Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan termasuklah Kolej Komuniti Hulu Selangor, Kolej Komuniti Klang, Kolej Komuniti Shah Alam, Kolej Komuniti Kuala Langat dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Kolej Komuniti Ampang, Kolej Komuniti Tanjong Karang, Kolej Komuniti Sabak Bernam, Kolej Komuniti Selayang, Politeknik Banting, Selangor dan tuan rumah Kolej Komuniti Kelana Jaya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button