Rencah Hidup

Durian runtuh buat pelajar tingkatan 5 terima hadia kereta

BAGAIKAN durian runtuh Nur Iman Athirah Roseman, pelajar tingkatan lima, menjadi pemenang bertuah dengan meraih kereta Axia bernilai RM40,000 melalui Peraduan PTTI Better Results.

Peraduan yang berlangsung dari Jun hingga September lalu ini menyaksikan penyertaan sebanyak 8,000 pelajar dari pusat tuisyen PTTI yang berfokus pada meningkatkan prestasi akademik pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara.

Menurut Nur Iman, 17 tahun, hadiah ini bukan sahaja sebagai ganjaran, tetapi juga memberi peluang kepada pelajar untuk menambah ilmu melalui seminar yang dianjurkan.

“Sejak saya mula mengikuti kelas di PTTI tahun lalu, saya telah berjaya memperbaiki keputusan dalam tiga mata pelajaran yang sebelum ini saya gagal,” ujarnya.

Dia turut menyatakan, peraduan ini memberikan insentif kepada pelajar untuk mengajak rakan-rakan mereka menyertai PTTI, yang dianggapnya sebagai inisiatif yang positif.

“Pengalaman belajar di PTTI sangat berharga. Saya bukan sahaja memperoleh ilmu tetapi juga lebih mudah memahami dan mencapai keputusan yang baik. Selain itu, kami juga berpeluang untuk menang hadiah,” tambahnya.

SEPERTI durian runtuh buat pelajar tingkatan lima, medapat Nur Iman mengaku tidak menyangka akan memenangi hadiah utama tersebut dan bertekad untuk memanfaatkan kereta itu setelah memperoleh lesen memandu penuh.

“Alhamdulillah, ini kali pertama saya menerima hadiah yang begitu bernilai. Saya sangat gembira dan teruja. Terima kasih PTTI kerana memberikan peluang kepada semua pelajar,” katanya.

 

Walaupun belum mempunyai lesen penuh, dia berhasrat untuk menggunakan kereta tersebut sebaik mungkin dan tidak sabar untuk membawa keluarga serta rakan-rakan menumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana, menyatakan bahawa tujuan peraduan ini adalah untuk menyebarkan manfaat kepada lebih ramai pelajar.

“Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar berdaftar di PTTI dan menggalakkan mereka untuk mengajak rakan-rakan menyertai seminar yang dianjurkan secara percuma.

“Melalui peraduan ini, pelajar yang berkongsi pencapaian mereka juga memberi dorongan kepada rakan-rakan lain untuk belajar dan menyertai peraduan ini,” jelasnya.

Pemenang diumumkan semasa program jelajah seminar peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam baru-baru ini, yang dihadiri lebih 1,000 pelajar SPM dari seluruh negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button