Kemalangan

Tiga pelajar Uitm Dungun dilanggar wanita mental

TIGA pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan, malam tadi.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.20 malam itu membabitkan empat pelajar yang menaiki dua buah motosikal. Mereka dilanggar oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV yang dipandu seorang wanita.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Khairil Anwar, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25. Ku Adib dan Muhammad Akmal masing-masing merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan.

Seorang lagi mangsa, Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, 20, dilaporkan cedera parah dan sedang menerima rawatan.

Bapa kepada Khairil Anwar, Jamaludin, berkata beliau menerima panggilan sekitar jam 9 malam daripada salah seorang kakitangan UiTM mengenai insiden itu. Beliau segera bergegas ke Dungun dan tiba sekitar jam 3.30 pagi.

Menurut Jamaludin, kali terakhir dia dan isterinya, Norma Mohammed Nor, 52, bertemu dengan anak bongsu daripada lima beradik itu pada 6 Oktober, ketika menghantar Khairil Anwar ke Dungun untuk memulakan semester baharu.

“Kami bertolak ke sini pada 4 Oktober dan pulang ke Ampang pada 6 Oktober. Kami sangat terkejut apabila menerima berita ini,” katanya.

Jenazah Khairil Anwar dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button