Berita

Cawagan Antie Anne’s Mid Velly akan ditutup bagi basmi kuman

BARU-baru ini telah tular pekerja Antie Anne’s melakukan aksi jijik di cawangam Mid Valley sehingga tular di media sosial.

Dalam satu yang dikeluarkan oleh syarikat itu, pekerja tersebut telah diberhetikan serta merta.

Cawangan akan ditutup untuk proses pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh, menurut kedai pretzel itu selepas sebuah hantaran media sosial menunjukkan salah seorang kakitangannya mencium doh pretzel menjadi tular.

“Terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan keprihatinan dan menyoroti insiden terbaru yang melibatkan Alice Chang. Kami ingin menjelaskan bahawa Alice Chang pernah bekerja di Auntie Anne’s Malaysia, tetapi beliau telah dihentikan serta-merta selepas insiden ini berlaku.

“Di Auntie Anne’s Malaysia, kami komited untuk mengekalkan piawaian kebersihan dan keselamatan tertinggi bagi pelanggan dan kakitangan kami. Kami tidak membenarkan atau bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang menjejaskan piawaian ini.

“Sebagai sebahagian daripada langkah proaktif kami, cawangan yang terlibat akan ditutup sementara untuk proses pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh. Cawangan tersebut akan dibuka semula selepas proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan disahkan.

“Kami menghargai kefahaman dan kesabaran pelanggan kami yang dihargai sepanjang tempoh ini. Yakinlah, keselamatan dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan kami”. Katanya dalam kenyataan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button