Hiburan

Fazura dedah punca cerai sudah lama tidak bahagia

RUMAH tangga pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin, kini menemui titik akhir apabila mereka disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, sekitar jam 9.45 pagi tadi.

Menurut laporan mStar, Fazura, atau nama penuhnya Nur Fazura Shariffudin, kelihatan sebak ketika bertemu pihak media selepas prosiding selesai.

Lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh.

“Saya tidak sedih dengan penceraian ini. Keputusan ini bukan dibuat dalam masa singkat. Saya telah melalui banyak perkara dan memikirkan semuanya dengan teliti. Saya reda dengan apa yang berlaku,” kata Fazura.

Dalam pada itu, Fazura juga menjelaskan bahawa selain isu komunikasi dan perbezaan pandangan, masalah tanggungjawab nafkah menjadi salah satu sebab utama penceraian tersebut.

“Fattah telah mengabaikan tanggungjawab nafkah untuk saya dan Fatima (anak kami), dan kami sudah tidak sehaluan lagi. Saya juga telah lama tidak merasa bahagia,” jelas Fazura, tanpa mengulas lanjut mengenai tuduhan lain.

Untuk makluman, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button