Nasional

Polis buru tiga lelaki lempar sembilan bom petrol

Polis sedang memburu tiga individu disyaki along yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Manjung Hasbullah Abd Rahman berkata dalam kejadian sekitar 3.08 pagi itu sembilan botol bom petrol dilemparkan ke arah kediaman berkenaan hingga menyebabkan sebuah kereta dan motosikal terbakar.

“Polis menerima laporan pada 9.36 pagi semalam daripada mangsa lelaki berumur 25 tahun yang juga seorang pekerja syarikat kuari.

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga individu itu menaiki sebuah kereta Toyota Altis dan memakai pelitup muka,katanya dalam satu kenyataan.

Hasbullah berkata hasil pemeriksaan lanjut di lokasi turut menjumpai lima helai kertas tertera tulisan bahasa Cina di luar pagar rumah mangsa yang memberikan amaran supaya melangsaikan hutang.

Pengadu menafikan pernah terbabit dengan pinjaman wang tidak berlesen atau bermusuh dengan orang,katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Amir Hafiz Mohd Rosli melalui talian 011-24057360 atau Bilik Gerakan IPD Manjung (05-688 6222) bagi membantu siasatan, katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button